You've strumbled to my wishland. you can wish anything here+Follow me or go Home ?
//WishLand
Author Story Linkies Credits

Maafkan saya..
Wednesday, June 6, 2012 | 8:00 AM | 0 comments

 Assalamualaikum dan selamat malam semua :> *menguap* Apa khabar? Sihat? Adaa? Hmm Adaa, entah lah. Sihat, cuma hati jee sakit hati jee. Lah kenapa? Entah lah, ehh nak tahu, mata saya comel macam panda dah ni, hmm sebab apa? Sebab.... baca sampai hati tau? Sebelum tu pastikan korang sediakan tisu tau? Hee :'D


  Okay semalam Adaa keluar dengan eyka. Eyka kawan baru kite dekat sekolah baru tu, piwit! Alaa yang kat atas sebelah Adaa tu, tu lah Eykaa nyaa. Cantik kan dia? Tengok mata dia, lahai sepetnyaa o.O Kami keluar semalam, pergi Ts jee pun ingatkan nak tengok wayang. Okay alang-alang nak keluar tu jumpa lah iman sekali. Iman? Siapa dia? Kawan lah, first time nak jumpa, aummm! Okay kami tak jadi tengok wayang sebab dah full, yang ade pun lambat, haih mana boleh, dah lah kena balik awal. So tak jadilah. Okay lepak makan kejap dekat marry brown. Then iman datang dgn member dia, jengjengjeng malunyaa haha :'D Okay watlek nasib baik eyka ade ^^ Kebetulan time tu Asyraaf call, dia tanya dekat mana, Adaa cakap lah dekat ts, dia tanya buat apa, adaa dengan selamba jawab DATING. Saje jee cakap macamtu, hmm then adaa tutup. Lepas tu dia text, dia marah sampai keluar AKU, BODOH, okay fine takpe. Maybe aku tak bagitahu aku nak keluar :'>

  Lepastu, kami jalan entah sampai kan dah 58x dengar soalan sama " NI NAK PERGI MANA?'' Haha tetap jawapan yang sama '' ENTAH'' SUKA HATI LAH'' IKUT JEE'' Haha geram jee. Lepastu eyka nak bla, dia cakap nak jumpa member lah ape lah, padahal dia tanak ganggu kami, haha. Toleh jee belakang dia hilang. Hmm k fine, sampai hati kau eyka, tinggallah kami berdua T.T Okayy ayokk cane ni, nak pergi mana ni, dah ah berdua, segan lah, malu lah semua ade -.- Hmmm k haha kami jalan tanpa hala tujuan, kami tengok roller costar *cane tah eja* lah, kemain lama tengok orang main, dah taktahu nak ke mana kan -.- Haha sangat lawak, jalan macam budak bodoh jee. Trenene. Dah penat pusing satu Ts tu, kami pun cari tempat nak duduk. Yeahh jumpa! Haha, haa duduk lah, kami borak kosong, haha macam-macam dia cerita. Seronok weh borak dengan kau iman :'> Then after tu dia tanya, 'AWAK, COUPLE JOM?' Hah? Err lah apa ni, haha. Adaa tergamam bila dengar, then tah memang ni susah nak jawab. Adaa suruh dia bagi 10 sebab kenapa dia nak couple dgn adaa. Dia jawab, SEBAB SAYA SUKA AWAK. Okay tanak, tu baru satu, lagi sembilan. Then dia cakap lah, okay tak perlu lah tahu dia cakap ape, biar kami dua jee tahu tau? Haha. Tak habis dia sebut lagi, adaa toleh belakang. Toleh jee belakang nak tahu adaa nampak sape? Adaa nampak ASYRAAF. Ohhmygod. Terkejot, cane ni dia nampak aku ke? Dupdapdupdap jantung ni. Iman tanya, kenapa? Siapa dia? Kenapa dgn dia? Adaa pun jawab, saya tak boleh bagi jawapan sebab... Hm takde ape lah. Dia tanya, baik awak cakap. Adaa cakap ah takde pape lah. Dia cakap, takde, cakap sekarang*muka serious* Dalam hati ' alamak pehal muka dia serious ni '  Adaa pun cakap lah, sebenarnya saya tak jawab sebab jawapan dia pun saya tak jawab lagi. Muka iman berubah. Hmm keliru weh, aku keliru :'(

  Then fone berbunyi, dapat call dari asyraaf. Alamak jantung dupdapdupdap ni, haha. Okay answer jelah.
Asyraaf : Awak kat mana?
Adaa : Dekat Ts.
Asyraaf : Yelah kat man?
Adaa : Dekat ts ahh, entah ah kat mana. Tengah tunggu eyka.
Asyraaf : Yelah tingkat berapa
Adaa : *usaha nak menipu lagi* Adaa tutup.
Then dia call balik,
Asyraaf : Dekat mana.
Adaa : Dekat belah belakang, tunggu eyka. Blabblablaa....*lupa sebenarnya.
Asyraaf : Bukan awak tengah duduk ke? Dah pandai menipu kan sekarang?
Adaa : Dalam hati ' alamak dia nampak aku ke'
Asyraaf : cuba pandang belakang. Datang sini kejap.
Adaa pun tah, sumpah takut. Lah kau adaa nak takut kenapa? *cakap sorang* Ishh memang takut, hmm. Tengok muka dia pun seram jee. Adaa pun cecepat call eyka, lahai eyka tak answer. Kebetulan atyen pulak call, haa sempat jawab dulu. K then Adaa ajak iman jumpa asyraaf kejap, niat nak kenalkan lah. Tapi dia tanak, dia suruh adaa pergi jumpa dia dulu, dia tunggu. Okay Adaa pergi *sambil jalan. Then dia suruh ikut dia. Ade pintu tu, dia cakap ' sini jap'. Dia ni nak bawak aku kat mana*dalam hati. K serious takut, hmmm adaa tengok muka dia, tah sedih sangat. Tengok muka dia adaa jadi sedih. Then masuk jelah, dia duduk kat tangga.
Asyraaf : siapa tu?
Adaa : Iman. Kawan saya.
Asyraaf : Kawan duduk rapat macam tu?
Adaa : Ye wak, dia kawan saya.
Okay dia diam, then blablabla........ panjang kalau nak buat dialog -.-
Asyraaf : Saya mintak couple sampai sekarang awak tak jawab sebab pasal laki tu?
Adaa : Taklah, saya kawan dengan dia. Tadi dia baru mintak couple dgn saya, tapi saya. *ape bodoh aku cakap macam ni. Hmmm awak kenapa ni? Kenapa emo tiba-tiba? *aku tahu soalan bodoh aku tanya, sedangkan aku faham ape dia rasa :'> ambil tarik tangan dia. Okay dia tepis, marah nya kau kat aku. Hmmm... then time tu ade jee gangguan. Muna call lah, itu lah, ini lah :/ Then dapat text dari iman, dia cakap ' SORRY LAH TAK BOLEH LEPAK LAMA. AND SAY SORRY I KAT ASYRAAF. KITA TAK BOLEH TERUSKAN. KALAU AWAL-AWAL DAH MACAM NI, TAKPE. IMAN MENGALAH K. BYE, HAVE FUN. BYE I NEVER FORGET YOU ' Hmmm ape ni? Asal dorang datang serentak and bla pun serentak? YaAllah :'/ Okayy sambung hmm.
Asyraaf : Lepas ni kita tak payah contact lagi lah,
Adaa diam, sebak kay, tengok muka dia pun rasa nak keluar air mata. Hmmmm then dia campak fone dia. Berdebushhhh! Hmm hancor fone dia. Then dia keluar. Adaa tarik dia, dia tepis. K adaa kutip fone dia. Air mata jatuh ke pipi. Adaa cuba kejar, tapi dah jauh. Hmmm sambil jalan lap air mata, then call eyka. Eyka boleh pulak fikir adaa mainmain, hmm. Sambil jalan, sambil cantumkan balik fone dia. Then jumpa eyka, rupanya dia sedap karoke, amboi tak ajak. Patut ah tanak ade kami, malunyaa. Okay cerita, luah kat dia kejap. Then try cari asyraaf tu, tapi kat mana? Ts tu besar. Call mika member asyraaf sebab nak pulangkan fone, tapi tak answer. Hmm cane aku nak bagi fone dia ni? Okay dah lambat, pergi kat teksi dgn muka selebet baru lepas nangis, haha. Then lepas beli copun teksi nampak asyraaf sedang duduk. Adaa pergi dekat dia.
Adaa : Awak marah? Awak kenapa? Saya mintak maaf. *sambil pulang fone.
Dia diam, then jatuhkan fone kat bawah. Adaa ambik, bagi balik. Then dia jatuhkan lagi, okay bagi lagi. Dia ambik, dia bangun then campak dalam tong sampah. Hah? Gila kau gendud, asal buang? Hmmm nak ambik tapi dalam, ape nak buat ni? Then dia bla. Eyka suruh settle kan dulu before balik. Adaa pun pergi kejar dia.  
Then tanya soalan sama, awak kenapa? Dia diam. Sambil tarik tangan dia, mintak maaf, then dia tepis. K tarik balik try nak mintak maaf. Sebab adaa tahu adaa salah, hmm. Then dia tepis lagi.
Asyraaf : jangan sentuh saya. Awak ni perempuan ape eh? Semua lelaki awak nak sentuh? Awak ni takde maruah ke?
YaAllah, kau ke ni  Asyraaf? Kenapa kau sanggup cakap macam ni? Takde maruah? Hmmm air mata jatuh lagi. Pergi dekat eyka, eykaa peluk, haih lagi nak buat aku nagis hmm. Sedih time tu allah je tahu :'> Then dia datang, adaa tepis, tanak jumpa kau. Aku benci kau weh. Hmm dia tarik adaa, adaa lari pergi kat eyka balik. hmm banyak kali lah dia tarik then adaa berjaya lari. Last tu dia tarik beg, dia tanak lepas, puas adaa cubit, pura-pura nak gigit, geletek ketiak dia, tapi dia tetap tak lepas. Dia tanya ade pape tak nak cakap? Adaa diam, hmm. Dia cakap kalau jawab dia lepas. Okay adaa jawab takde pape, then dia lepas terus bla.

  Okay naik teksi, haa luahkan lah dekat eyka. Haha memang meraung ah dalam teksi tu kan, hmm. Then ade orang call, number tak kenal, answer ah, dengar suara dia tanak cakap. Sorry asyraaf, adaa bukan tanak cakap, tapi sangat kecewa ape yang awak cakap tadi. Sangat kecewa hmm. Then dia call banyak kali jugak lah, eyka aswer, dia cakap dia nak datang rawang, jgn offfone. Lah, kenapa nak datang rawang? Untuk apa lagi kan? Then dia call lagi, adaa jawab ' nak ape call betina takde maruah ni lagi? Dah lah.' Pastu ttutup, sentap sampai mati weh ayat tu :'> Lepastu dia message ' AWAK, SAYA MINTAK MAAF. SAYA TENGAH MARAH TADI. SAYA SABAR TADI, HATI SAYA SAKIT SANGAT TADI. SAYA SABAR SANGAT! SAYA MINTA MAAF, SAYA TERLEPAS CAKAP TADI. SAYA TERKEJUT, AWAK SANGGUP BUAT SAYA MACAM NI. SAYA IKHLAS SAYANGKAN AWAK. SAYA TAK SEDAP HATI DARI AWAL SAYA TAHU AWAK DEKAT TS. SAYA SATANG BETUL-2 NAMPAK AWAK DENGAN LELAKI LAIN. BODOH SAYA PERCAYA YANG AWAK TAK BIARKAN SAYA BERTEPUK SEBELAH TANGAN. TAPI, SAYA BETUL-2 BERTEPUK SEBELAH TANGAN. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA, HARINI MUGKIN TUHAN INGAIN MENUNJUKKAN YG AWAK BUKAN JODOH SAYA. AWAK, SAYA TAK TAHU NAK CAKAP APA. AWAK PERGI TENANGKAN DIRI AWAK DULU SEBAB SAYA INGIN TENANGKAN DIRI SAYA. SUSAHKAN NAK CARI ORANG YG BETUL-2 SAYANGKAN KITA :') Hmm lepas baca text dia air mata jatuh lagi.

  Hmmm asyraaf, saya mintak maaf tau sebab buat awak macam ni? Saya takde niat pun nak hancurkan hati sapesape, hmm sumpah takde. Saya bukan tanak terima awak, tapi saya rasa awak tahu kenapa. Saya memang susah nak terima orang. Bukan saya memilih, awak tahu kan? Haritu saya baru lepas ape yg saya rasa. Kalau awak betul-2 sayangkan saya, suka saya, awak akan tunggu saya. Yess, tunggu saya. Tapi saya tak bagi jawapan pape, tahutahu awak dah ade gf. Itu pun saya tanya, kalau awak tak sampai bila saya nak tahun kan? Hmmm, after tu kita dah slow. Saya tak bagitahu ape saya rasa ni, tapi kemarin baru saya luahkan dan awak tahu dah kenapa. Saya memang macam ni, saya nak cari lelaki yg betulbetul ikhlas sukakan saya, ikhlas sayang saya, sanggup tunggu saya. Tapi awak hm tah, saya dah boleh nampak awak macam mana :'> Hmmm saya seronok kawan dgn awak, awak baik. sangat baik tau. bila perlu awak, awak selalu ade untuk saya. Awak teman saya then time awaa tak pakai fone tu, hari kita otp, setiap malam awak nyanyikan, then awak suka kacau saya tidur kan? Hee. Hmm kalau boleh saya tanak kehilangan awak, so saya nak awak jadi kawan saya sampai bilabila. Kenapa kawan? Sebab kawan itu sejati dan akan kekal sebagai kawan yang setia. Sedangkan kalau awak boyfie saya, bilabila jee boleh putus. then bila putus, jadi musuh. Saya pernah rasa, itu yg saya tanak :'> Asyraaf, awak ingat masa first time kita jumpa tu? Awak diam jee, awak macam orang bisu, haha. Saya tampar awak sebab sangat geram then awak buat muka blur haha. Then second kita keluar, saya happy sangat, atatata xD seronok keluar dgn awak, then sorry tercubit, terpukul, tertampar, tertipu awak tau? And thanks pinjamkan bahu awak untuk saya :'> Kita start rapat 1.4.2012 haha ingat sangat tarikh tu, tapi saya rasa macam dah lama kenal awak :'] Asyraaf, saya tahu saya dah hancurkan hati awak. Tadi saya tengok fb awak, saya tengok awak hmm tah, awak dah happy. Takpe saya lagi happy tengok awak :'> Terima kasih datang dalam hidup saya walaupun sementara, saya tetap ingat hmm terima kasih atas segalanya.

  Iman, Adaa pun nak mintak maaf sebab still tak bagi jawapan kat iman. Adaa keliru, sangat keliru hmm. Adaa pun sayang iman :> Seronok dapat keluar dengan iman, jalan dengan iman macam jalan dengan abang, mak ai tinggi gilaa kau hihi. Thanks buat adaa ketawa, bawak adaa pusingpusing sampai adaa kurus tau, hihi :/ Hmm tak sangkaka jadi macam ni, adaa mintak maaf  hmmm.

  Hmm adaa dah ambil keputusan, adaa nak pergi dari kehidupan korang, serious weh, dua-dua aku sayang. Jadi keputusan yang tepat, saya pergi. Pergi dari korang. Iman, asyraaf, maafkan adaa tau? MINTAK MAAF sangatsangat hmmm :'( Memang sedih nak buat keputusan macam ni, tapi adaa terpaksa. Mintak maaf atas segalanya. Maaf kalau kehadiran adaa dalam hidup korang buatkan korang sedih or menyesal kenal dengan Adaa. Hmm selamat tinggal. Assalamualaikum.........

OLDER POST | NEWER POST