Kau sahabat kau teman....
Monday, September 10, 2012 | 11:23 PM | 0 comments
Selamat Aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
Hai, SELAMAT HARI RAYA semua! :* Dah nak habis raya baru nak update? Hmmmmm*tunduk bawah* Tahu nak habis raya dah, tapi tapi..... Puasa sebulan kan? So lek ahh lu, raya belum cukup sebulankan, sempat lagi ni Hihi xD Belum terlambat kan? Haa sekali lagi, Selamat Hari Raya! Adaa mintak maaf kalau Adaa buat salah silap dekat korang tau? Mintak maaf kalau selama ni Adaa ade buat korang marah ke, sakit hati, terpukul, tercubit sana-sini, termarah ke even dah takde TER dah, maaf tau? Mintak Maaf Zahir dan batin =)
Haa itu gambar raya Adaa. Tahun ni tema oren. Siapa oren jugak? Okay kita geng!*give me 5* Ehemm comel kan? Lol perasan -.- So macam mana dengan perayaan korang? Seronok? Banyak dapat duit raya? Raya kat mana tahun ni? Hee hmm tahun ni Adaa raya dekat kelantan. Ehh bukan tahun ni jee, memang tiap tahun pun dekat kelantan. Mama dekat machang and abah dekat kota bharu. So gilir-gilir, sehari dekat sini, sehari dekat situ :D Wuuu bukan selalu balik kelantan kan, harapkan raya jee, so mestilah seronok! Lain sangat rasanya dekat kampung berbanding dekat bandar ni. Seriously duduk kampung tenang je.....:') Ade lembu hihi comel jee mereka :P Ade sawah... cantik kay! Pagi-pagi dengar ayam berkokok, haa kalau dekat sini kena set alarm baru bangun tidur :P Hmm dah nak cerita rasanya sampai esok nak tak habis :3 Duit raya? Hmm dapat lah jugak, nasib baik lah pendek tak nampak umur yang sebenar, haa tak rugi jadi pendek ni sebenarnya. Time raya boleh jadi kaya tau! Haha xD
Hmm bila time raya mesti korang teringatkan dekat orang dah tiada kan? Yaaaa, memang teringat. Bila dengar takbir raya jatuh air mata ni. Hm..... NURUL ASYIKIN BINTI INDRA! Tahun ni dah dua tahun tak dapat beraya bersama dengan dia :'(
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Syikin, aku rindu sangat kat kau weh, teramatlah rindu kau tahu? Bukan aku sorang je, kawan kita semua rindukan ka. Rindu sangat........ :') SANGAT yang tak dapat diungkapkan lagi, hmm :'( Oleh kerana terlalu rindu, aku dan kawan yang lain pergi ziarah kubur kau. Kau mesti happy kan kami datang? Hihi kami lagi lah happy weh, happy sesangat. Kalau boleh tiap hari nak pergi ziarah kau, hari-hari nak temankan kau kat sana. Tapi...... Hmmm, syikin, maaf tau sebab dah lama tak pergi kubur kau. Sebelum ni kami pergi tapi ade je halangan. Dekat pondok depan kubur tu selalu ade india berjoget dalam keadaan mabuknya, kami terpaksa patah balik sebab takut benda tak diingini terjadi. Sebab dekat kampung tok pinang tu orang kata bahaya sikit, kena pergi sana kena pergi ramai-ramai hmm :'( Maaf tau? Hmm dah lama tak baca yassin untuk kau, dah lama tak siram air dekat kubur kau, dah lama tak borak dengan kau. Sebelum ni time aku bergaduh dengan member yang lain, aku pergi ziarah kau, semuanya aku cerita kat kau. Aku tahu kau tak dengar apa yang aku cerita, aku tahu, Tapi bila dah luahkan apa yang aku rasa, aku rasa lega sangat weh. Sampai keluar air mata mengadu kat kau, hmmmm rindu saat tu. Sekarang kami dah berbaik, jangan kau cakap time kami dah berkawan aku dah tak datang tengok kau, bukan! Sekarang masing-masing busy, masing-masing ade kerja sendiri, masing-masing belajar tempat lain. Aku nak pergi sorang tak berani, kena tunggu semua balik, hmmmm walaupun kami jarang ke kubur kau sekarang, setiap waktu solat aku tetap doakan kau.....
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Asyikin.... Aku rindu kau! Rindu sangat weh, terlampau rindu hmmm :'( Tahun ni dah dua tahun kita tak raya dan puasa sama kan? Bila time puasa je teringat kenangan kita dulu. Dulu kita nakal sikit kan?*keluar tanduk* Haa sampai sekarang ingat tau :') Dulu kan..... kita ramai-ramai tak puasa lepastu lepak dalam bilik persalinan. Masing-masing bawa bekalan, then kita suruh budak india kelas kita belikan. Kalau raya pula kita konvoi ramairamai naik motor then serang rumah orang, satu motor naik tiga orang lah, empat orang lah, haha kelakar! Dari belakang macam kaki semut :P Dulu kan..... Setiap minggu kita pergi karoeke, haa tak kira bulan puasa ke tak, kita tetap cool pergi jugak haha. Nyanyi dengan penuh mengasyikkan, penuh semangat, penuh berkarisma gitu sampai sakit tekak, sehinggakan kita semua dahaga lalu kita beli air COKE then bedal dekat situ dengan muka selamba dan tidak bersalah xD Dulu kan..... teringat pulak time kita sesi petang. Balik jee sekolah satu rombongan kita pergi bazaar. Hihi busuk-busuk pun busuk lah kan? Janji dapat shopping! Kalau kau tak puasa, dalam bus cik mek tu jugak kau bedal haha :D Dulu kan.... kau suka menyakat orang, kau suka kacau orang. Kalau sehari kau tak kacau orang memang tak senang duduk. Kalau ade orang kena marah, kena bahan, kau lah orang pertama mengilai. Hmm rindu gelak tawa kau wehhh :'( Kau ingat tak dulu time dompet aku hilang aku tuduh kau? Apa taknya, kau tu dah lah suka berlakon, dah nyorokkan lepastu buat muka tak bersalah. Puas aku cubit, paksa kau suruh ngaku, tapi kau tak ngaku juga :3 Sampai menangis aku haha, pastu mengadu dekat cikgu rupa-rupanya member lain yang sorokkan. Punyalah kau touching time tu dengan aku. Rindu tengok kau buat muka dengan aku weh...... :'( Dulu kan..... Time form3 kita duduk sama-sama. Kita bukan belajar pun, asyik menyanyi je. Haha kau lah ni syikin, asyik nyanyi jee, kan aku dah sambung tu :3 Sampaikan kita buat lagu untuk nazran. Kau kenal nazran? Alaaa yang kita selalu buli dia dalam kelas tu? Hihi. ' TIBA-TIBA, LANGKAHKU TERHENTI. SEJAK MELIHAT GIGI NAZRAN YANG STIM, INGIN KU KATAKAN GIGIMU CANTIK SEKALI'... Haa panjang lagi, selebihnya kau reka haha tapi lupa sambungannya.... Jahat kan kita? Lagi Nazran marah lagi kuat kita nyanyikan untuk dia haha sampaikan dia menangis then terus mengadu dekat cikgu Ali, haha lol balas dendam-___- Dulu kan.... Kau ingat tak kita ramai-ramai lari keluar dari sekolah? Haha dah bosan sangat, so ramai-II ambil keputusan untuk keluar ikut pintu pagar depan dengan berlari mengelak daripada pakgat handsome tu? xD Kami cool, tak main ikut pintu belakang, ikut pintu depan lah kan? Haha xD Dulu kan.... Hmmm kalau ikutkan nak ungkit satu-satu kenangan kita memang takan pernah habis :')
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Rindu.... Sayang... Itu memang, memang aku rindu kau! Rindu kita bersama, rindu gelak tawa, gurauan kau, memang rindu. Tapi apakan daya, Allah lebih menyanyangi kau kan? :')
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
NURUL ASYIKIN, AKU SAYANG KAU! Walaupun kau tiada dengan kami sekarang, kami tetap ingat kau, kau takan pupus dari ingatan kami :') Kau lah kawan kami dunia akhirat. Semoga rohnya dicucuri rahmat. AL- FATIHAH....
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati